Sunday, 1 January 2012

DETIK INI...


Menulis, meluahkan idea mengenai apa sahaja yang terkandung dalam pemikiran. Alam persekolahan subjek penulisan merupakan kegemaran yang tiada tandingan. Namun kini, segalanya makin berkurangan. Mungkin hambatan masa dan tuntutan seharian, membataskan daya kemampuan dalam meninta bait-bait kata yang enak dibaca sekaligus menjelaskan maksud yang ingin dikongsikan. Tika ini juga, ada sesuatu yang mencuri detik daripada jemari bertemu kekunci.

Apa yang pasti, walau tidak lagi meluahkan secara begini, minda aku masih lagi lincah memerhati segenap realiti hidup ini. Memikirkan segala kebaikan dan keburukan setiap apa yang terjadi. Memerhati memang itulah kelebihan kurniaan Illahi terhadap insan ini. Manakala menulis membuatkan diri ini terasa satu kepuasan. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari sebelum aku mula menulis kembali.

Mungkin hari ini blog ini tidak pernah ada sebarang input yang positif untuk dibaca. Justeru, sedikit waktu aku pinta. Agar aku bisa mempersiapkan diri ini dengan kekuatan menulis yang memuaskan dan pada detik itu, insyaAllah, blog ini kan menjadi sesuatu yang berinformasi. Jika bukan untuk pembaca sekalian sekalipun biarlah demi kepuasan diri ini sendiri…

Sehingga jemari kembali lagi bertemu kekunci…

2 comments: