Menulis, meluahkan idea mengenai apa sahaja yang
terkandung dalam pemikiran. Alam persekolahan subjek penulisan merupakan
kegemaran yang tiada tandingan. Namun kini, segalanya makin berkurangan.
Mungkin hambatan masa dan tuntutan seharian, membataskan daya kemampuan dalam meninta
bait-bait kata yang enak dibaca sekaligus menjelaskan maksud yang ingin
dikongsikan. Tika ini juga, ada sesuatu yang mencuri detik daripada jemari
bertemu kekunci.
Apa yang pasti, walau tidak lagi meluahkan secara
begini, minda aku masih lagi lincah memerhati segenap realiti hidup ini.
Memikirkan segala kebaikan dan keburukan setiap apa yang terjadi. Memerhati
memang itulah kelebihan kurniaan Illahi terhadap insan ini. Manakala menulis
membuatkan diri ini terasa satu kepuasan. Masih banyak lagi yang perlu
dipelajari sebelum aku mula menulis kembali.
Mungkin hari ini blog ini tidak pernah ada sebarang
input yang positif untuk dibaca. Justeru, sedikit waktu aku pinta. Agar aku
bisa mempersiapkan diri ini dengan kekuatan menulis yang memuaskan dan pada
detik itu, insyaAllah, blog ini kan menjadi sesuatu yang berinformasi. Jika
bukan untuk pembaca sekalian sekalipun biarlah demi kepuasan diri ini sendiri…
Sehingga jemari kembali lagi bertemu kekunci…
anda mahir menulis.
ReplyDeletesetuju..nat mmg mahir dlm menulis. *kagum :)
ReplyDelete